My Blog List

Monday 12 January 2015

dia la kawan baik, dia la musuh dan dia la suamiku






dia la suami saya. hehe MOHD KHAIRAN BIN MD RAMLI. nanti ada masa saya upload gambar kawen kami pula yer,.



Nukilan untuk Muhammad Fayyadh Iman Bin Mohd Khairan

Assalammualaikum.. Bismillahhirahmannirahim....

Dah lama tak update perkembangan diri ini, now dah masuk 33 weeks pregnant. Syukur sgt pada Allah swt dengan limpahan kurniaan rezeki yang tak tenilai ini. Wahai anakku, sekarang mama dah tak sabar nak menunggu kehadiran mu dalam rumah tangga mama dan papa. Semoga dengan kehadiranmu nanti keluarga kita akan bertambah lebih bahagia lagi dan juga limpahan rezeki yang halal dari Allah yang maha Esa. Amin

Awal-awal mengandung mama diuji dengan ujian yang cukup hebat dan tak semua orang mampu melawannya syg. seawal 7 weeks sampai lah 5 bulan (tak igt dh berapa weeks time tu) mama kena alahan yang teruk sampai mama kurus sgt syg. Fayyadh bayangkan, dari berat mama 57kg turun sampai 49kg. 10 kali masuk wad. Sekarang mengandungkan syg, berat mama baru naik sampai 59 kg jer. Takpe mama redha mama selalu sakit asalkan anak mama dalam perut ni sihat walafiat. Masa time tu jugaklah, terpaksa ambik cuti dua bulan tanpa gaji sebab tak tahan sangat asyik muntah dan langsung tak boleh makan.

Bukan itu saja syg, sepanjang mengandungkanmu.. mama selalu nangis. Menangis sebab mama tak mampu nak buat persediaan macam org lain beli macam-macam utk kamu. Papa terpaksa bekerja keras demi kamu syg. Kesian papa. Selalu kena perli dengan adik beradik dia sebab tak dapat nak bagi duit utk atok dengan nenek fayyadh dekat kampung. Saat kami di uji, mama hanya mampu menangis dan sabar syg sebab mama pun tak mampu nak tolong papa bagi duit utk bagi kat nenek dan atok kamu. Pelbagai tohmahan dan cacian dilemparkan pada kami. Kami pasrah syg, sebab kami tahu salah kami tetapi apakan daya kami tak mampu memandangkan perbelanjaan bulanan kita sekeluarga hanya cukup-cukup makan saja.

Apa yang mama ceritakan ni, bukan utk fayyadh rasa benci pada mereka. Tapi, mama nak bila besar nanti fayyadh pun akan jadi seorang yang penyabar dan tabah macam kami. Fayyadh tahu tak, sepanjang menulis ni, mama tak berhenti-henti menangis sebab hati mama terluka dan masih teringat dengan kata-kata cacian dan tohmahan drp mereka.

Fayyadh jangan risau walaupun mama dan papa asyik tak cukup duit jer tapi kami sangat-sangat bahagia syg. Mama bahagia sgt dpt suami mcm papa fayyadh. selalu berusaha membahagiakan mama walaupun duit tak de. Kami tak boleh berjauhan lama-lama asyik rindu jer..hehe

Bila fayyadh dah keluar nanti, mama harap sangat fayyadh jadi anak seorang yang dengar kata, dengar nasihat org tua, tak lawan cakap org tua, jadi budak baik, jadi budak soleh, jangan tinggal sembahyang, belajar rajin-rajin, suka tolong orang, dermawan dan yang paling penting selalu igt Allah swt tak kira sapa kita dan kat mana kita berada ye syg. Janji dengan mama okey. Jika sekiranya suatu hari nanti mama dah takde, fayyadh bacala nukilan yang mama tulis ni utk fayyadh okey..

salam sayang dari mama with love
mmmuah utk anak mama!!


Thursday 6 November 2014

i'm back

hai.. assalammualaikum

setelah lama aku tak update blog. rasanya dah masuk setahun jugak kan. last entry pasal icty and masa tu aku bujang lagi kan.. sekarang aku dah kahwin dan tunggu masa nak bersalin baby first dah.. hah tengok tu betapa lama nya aku tak berblogging. rindu tu rindu nak tulis semua cerita kat blog. tapi masa lepas kahwin ni terhad sangat, yela dah jadi isteri orang macam - macam kerja rumah kena buat. hehe

okey tak nak la membebel lama- lama. nantikan entry #throwback dari aku okeyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy. cerita setahun sebelum dari tarikh entry yang lepas.. sabar tau, nanti aku akan cerita satu demi satu apa yg terjadi kat aku dalam setahun tu. ada manis, ada masam, ada duka, ada sedih, ada bahagia and ada macam - macam la..hehe

k la sampai kat cini je..

bye..




jumpa lagi......................

Friday 27 September 2013

i-city shah alam, seksyen 7

dah lame pergi ict, tapi baru nak update cerita. nampak tak betapa busy nye aku sebelum ni. dalam beberapa bulan sebelum ni macam-macam cerita nak cite. tapi semuanya tak sempat nak cerita. haha. banyaknye aku taip "cerita" kat sini. entry kali ni xtau nak cerita pasal apa kat icity. sebab bagi aku tak de yang menarik sangat pun. tak menarik sebab dah selalu pergi. belajar pun dekat dengan icity. nampak tak berapa bosan nye aku nak cerita pasal icity? hahaha

ni semua gara-gara plan last minute dengan budak-budak umah. kononnya nak pergi i city sebab kak nana tak pernah sampai lagi kat i city. siap ada tema warna baju lagi uolllsss.. lepas ni tak tahu la plan kitaorang nak pergi mana lagi.


masa mula-mula sampai, tengok la betapa excitednye kami..

kat dalam icity ada macam-macam kedai makan, so kalau time masuk icity tu perut terasa lapar. boleh la pergi kfc, kopitiam, and macam-macam lagi kedai. aku xigt dah ape lagi kedai kat dalam tu..


zaza yang riang, seronok sampai i city. ceh konon-konon macam kat oversea plak ek..haha


hehe, suke tengok picture ni. ceria sangat masing-masing


dah macam filem hindustan pun ader.. ;p


berjalan di bawah cahaya lampu, kalau datang dengan bakal suami mesti romantik je..hihi


tak sedar pun masa bile picture ni di snap. tangganku macam tengah melampai peminat.haha! perasan

itu jela picture yang cantik-cantik. dah penat berjalan kami pun balik..dalam pukul 12 jugak balik malam ni..dari pukul 5 lebih sampai sampai 12 malam kiteorang berjalan. next trip??? xtau lagi kat mne. perjalanan bajet yang tanpa dirancang. tapi sangat seronok!!

true indeed ;p



inshaallah. to the next entry.............. coming soon ;)

Tuesday 24 September 2013

hang out girl ! the mines !


dari kiri..amni, ain, nina, kak nana


sape pemenang sekarang ni??


never end our friendship..inshaallah.. ;)


best giler time ni.. aku igt aku sorang je xpandai main bowling..haha. pasni kita g main bowling lagi tau korang. sayang korang semua.. gambar kat bawah ni..housemate aku..semua berkerjaya..dan semua dah berjaya..alhamdulillah.. murni ex-housemate pun dah pregnant..alhamdulillah. tak sabar nak tengok muka baby murni mcm muka sape..hehe


Monday 23 September 2013

meninggal..

apa punya tajuk la. erm, duk saje-saje tiba-tiba terfikir. kalau aku dah meninggal nanti. macam mana kehidupan seterusnya??? macam mana kehidupan dalam kubur?? macam mana kehidupan orang-orang yang aku tinggalkan. bahagiakan mereka tanpa aku??

seram, sedih, takut, bersediakan kita untuk menghadapi saat-saat nyawa terakhir? dengan dosa yang banyak lagi atas bumi.. mampukah aku untuk meninggal sekarang?? dalam otak asyik duk pikir soalan tu je. nauzubillahhiminzalim..