My Blog List

Friday 27 September 2013

i-city shah alam, seksyen 7

dah lame pergi ict, tapi baru nak update cerita. nampak tak betapa busy nye aku sebelum ni. dalam beberapa bulan sebelum ni macam-macam cerita nak cite. tapi semuanya tak sempat nak cerita. haha. banyaknye aku taip "cerita" kat sini. entry kali ni xtau nak cerita pasal apa kat icity. sebab bagi aku tak de yang menarik sangat pun. tak menarik sebab dah selalu pergi. belajar pun dekat dengan icity. nampak tak berapa bosan nye aku nak cerita pasal icity? hahaha

ni semua gara-gara plan last minute dengan budak-budak umah. kononnya nak pergi i city sebab kak nana tak pernah sampai lagi kat i city. siap ada tema warna baju lagi uolllsss.. lepas ni tak tahu la plan kitaorang nak pergi mana lagi.


masa mula-mula sampai, tengok la betapa excitednye kami..

kat dalam icity ada macam-macam kedai makan, so kalau time masuk icity tu perut terasa lapar. boleh la pergi kfc, kopitiam, and macam-macam lagi kedai. aku xigt dah ape lagi kedai kat dalam tu..


zaza yang riang, seronok sampai i city. ceh konon-konon macam kat oversea plak ek..haha


hehe, suke tengok picture ni. ceria sangat masing-masing


dah macam filem hindustan pun ader.. ;p


berjalan di bawah cahaya lampu, kalau datang dengan bakal suami mesti romantik je..hihi


tak sedar pun masa bile picture ni di snap. tangganku macam tengah melampai peminat.haha! perasan

itu jela picture yang cantik-cantik. dah penat berjalan kami pun balik..dalam pukul 12 jugak balik malam ni..dari pukul 5 lebih sampai sampai 12 malam kiteorang berjalan. next trip??? xtau lagi kat mne. perjalanan bajet yang tanpa dirancang. tapi sangat seronok!!

true indeed ;p



inshaallah. to the next entry.............. coming soon ;)

Tuesday 24 September 2013

hang out girl ! the mines !


dari kiri..amni, ain, nina, kak nana


sape pemenang sekarang ni??


never end our friendship..inshaallah.. ;)


best giler time ni.. aku igt aku sorang je xpandai main bowling..haha. pasni kita g main bowling lagi tau korang. sayang korang semua.. gambar kat bawah ni..housemate aku..semua berkerjaya..dan semua dah berjaya..alhamdulillah.. murni ex-housemate pun dah pregnant..alhamdulillah. tak sabar nak tengok muka baby murni mcm muka sape..hehe


Monday 23 September 2013

meninggal..

apa punya tajuk la. erm, duk saje-saje tiba-tiba terfikir. kalau aku dah meninggal nanti. macam mana kehidupan seterusnya??? macam mana kehidupan dalam kubur?? macam mana kehidupan orang-orang yang aku tinggalkan. bahagiakan mereka tanpa aku??

seram, sedih, takut, bersediakan kita untuk menghadapi saat-saat nyawa terakhir? dengan dosa yang banyak lagi atas bumi.. mampukah aku untuk meninggal sekarang?? dalam otak asyik duk pikir soalan tu je. nauzubillahhiminzalim..

Wednesday 29 May 2013

OBSESS KURUS DAN KULIT FLAWLESS

askm, maaf lama tak mengupdate entry ni. aku membiarkan kusam begitu sahaja. huhu, sebab aku pun tak tahu nak cerita ape. sebenarnya banyak je cerita cuma tak de masa nak menaip. aip! ye ke? hehe

memiliki kulit yang halus mulus dan bentuk badan yang kurus serta cantik  memang idaman setiap wanita. haha. aku pun terasa nak cantik macam orang lain. macam-macam aku try ubat sekarang, dan macam - macam jugak ubat-ubat yang keluar di pasaran sekarang, tak gitu? kan kan.

tapi....
takut jugak makan ubat yang macam-macam ni. so skrg aku dah decide minum shaklee esp, makan vitamin c, dan green tea je. itu sudah memadai. takut la makan macam - macam nanti lain pulak jadi nye. baru la haru biru. haha. nak muka badan putih last-last jadi hitam macam arang baru tahu. hahaha

sekarang kalau pagi-pagi aku akan ambik heavy breakfast, sebab pagi-pagi badan kita perlukan energy, untuk lunch pulak aku just ambik roti dan minum air je. untuk dinner makan buah dan minum air. tapi, kadang-kadang tak consistent jugak diet aku ni. harap-harap menjadi la untuk tahun ni. hehe

hari-hari search internet cari pasal diet yang seimbang. sebab aku nak kurusssssssssssssssssssss..............................................................
jeles tgk kawan-kawan aku yang cantik-cantik. bile tgk badan aku. hmmmmm...besar kot.
kalau kat office selalu kena buli nga orang cakap aku gemuk. oh tidak!! kamu semua jahat!!
gemuk sangat ke aku??? plissss explain. gemuk tang mane??hukhukhuk

malas la nak cite pasal gemuk ni lagi, sentap kot bila orang cakap lepas aku kawen nanti aku komfirm gemuk. amboi hampa..sedap no duk ngate kat aku. senget!hehe

okey, sampai cni je entry untuk kali ni.. aku dah tak tahu nak tulis ape dah..hehe.. jmpe lagi. bye.


Tuesday 30 April 2013

F.R.I.E.N.D.S

Its sound like weird, but sometimes i hard to say..

JUST FOR REMEMBER,

walaupun orang sedang bercakap mengenai 10 keburukan tentang kita, tapi kita cuba lah memikirkan 10 kebaikan tentang orang yang pernah berbuat baik untuk kita.. :) just smile..

ada org cakap, kawan baik mesti ada. sebabnya kalau susah dan senang mesti kita kongsi kat kawan baik kita dulu. betul ke? cuba kalau kita ubah kata-kata itu, jadikan adik beradik atau keluarga kita sebagai kawan yang paling baik untuk kita berkongsi masalah..

orang tak kan sama apa yang kita rasa atau fikirkan, dan kadang-kadang orang akan buat kita terasa kecewa. kawan bila gaduh, terus senyap. tapi kalau adik beradik, air dicincang tak kan putus kan walaupun gaduh lama. cuba fikirkan dalam-dalam.

sedih bila kawan ejek kita, sindir kita. tapi sabar...................................................
Allah swt kan ada.. :)
jangan jadikan alasan untuk berfikiran negatif sebab negatif tu semuanya datang daripada syaitan, tak pela kalau orang nak buat kita. kita cuma senyap je. tak payah nak berkata-kata. nanti ada plak yang terasa. daripada tambah dosa, baik senyap je.. lama-lama orang tu akan sedar sendiri.

jadikan cerita-cerita orang, sebagai pengajaran yang boleh mematangkan kita. nangis baik untuk hilangkan stress.. tapi biar la berpada-pada. semua ketentuan, rezeki, kebahagian, semuanya dtg dr allah swt. cuma tunggu kita untuk bersungguh-sungguh memohon dariNya.

yang terakhir,

LA TAHZAN INAALLAH HA MA'ANA....

Monday 18 February 2013

o_O

tinggalkan kesedihan, kekecewaan...........

kejar kejayaan!!!

hihi
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;
;

o_O

aku nak berjaya

first time jejak kaki kt uitm, terasa malas sangat-sangat. lebih kurang 5 tahun tinggal sekolah, lepastu nak belajar balik. tak ke naye kat situ?? tapi, berpegang kan dengan azam dan matlamat itu aku bersungguh untuk belajar. biar apa yang aku nak genggam nanti akan tercapai.
Insyaallah!

nebes jugak itu memulakan kelas yang pertama. malu, seram sejuk, takut and macam-macam lah dalam kepala otak ni. tapi apa yang aku sangka dan pikirkan tu semua sekali tak masuk akal.
Alhamdulillah..
aku bahagia menjadi seorang student + pekerja sekarang. walaupun komitmen tu tinggi. why not i try right?orang tua yang berpangkat ayah dan atok pun boleh, takkan lah aku yang bujang ni tak boleh kan. kat kelas aku pun dah ramai yang kahwin, dah ada nak pun. dieorang boleh je study. kata- kata semangat dari kawan-kawan kelas jugak membuat kan aku lagi semangat untuk belajar.
dan tak lupa jugak kat mak yang paling aku sayang dalam dunia ni. selalu mendoakan aku untuk berjaya, bagi aku kata-kata semangat. adik-adik aku pun sama. love u all...miss u all..
dan kawan-kawan ofis, rumah juga pun sama. dalam masa yang sama nina pun dah sambung belajar. tapi nina sambung degree kt uitm. lagi-lagi la aku tambah semangat nak belajar dan berjaya.
kita boleh nina!!
kita boleh!!
hehehe
senyum sorang-sorang ;)

tak tau nak digambarkan macam mana perasaan saat ni, aku harap apa yang aku rasa sekarang ni akan berkekalan. insyaallah..

uitm membakar semangat aku untuk berjaya. insyaallah. mom and dad u should proud of me..i love u....

peace :)

Friday 18 January 2013

Allah menguji kita, tapi x beerti allah tak sygkan kita


La tahzan,innaallah ha maanna.. kuatkan hati ini untuk hadapi segalanya.. kadang-kadang kita terpaksa melakukannya demi kebaikan orang lain. jangan disalah tafsir melepaskan tidak beerti ingin melupakan.. kita tidak tahu apa yang telah dirancang oleh Allah, Allah akan memberikan apa yang DIPERLUKAN oleh hambaNya BUKAN apa yang DIKEHENDAKIkerana Allah tahu jika Dia memberi apa yang dikehendaki oleh hambanya nescaya akan berlaku la perkara-perkara yang mungkar. Bersabar menerima dugaan dan redhakanlah ia moga Allah memberi ganjaran yang berlipat kali ganda..insyaallah.

Mungkin kita merasa Allah tidak adil dengan kita kerana menguji kita sebegini tapi yakinlah bahawa Allah tidak akan sesekali menzalimi hamba-hambaNya, Allah akan menguji kita sesuai dengan tahap keimanan kita..

Amin..

Saturday 12 January 2013

wedding murni part 1



picture ni masa hari pernikahan murni, picture terlalu banyak. jadi boleh uplaod banyak nie je. we all siblings ada masa pernikahan murni accept nina je. sb die ada kat kuala terengganu. picture part 2 nanti aku akan upload gambar nina. And for nina banananana, jangan marah ye. i will upload ur picture as soon as posibble.hehe. so jom ler kita tengok picture kat bawah nie.








truly,

ain (toink2) haha. nina banananana letak nama baru utk aku.

end of 2012, starting 2013

askm, dah lama tak update something kat sini yg suatu hari nanti boleh dijadikan kenangan. cewahh!hee, time tua-tua nanti sempat ke tak nak baca balik blog ni tak tau ler..

sepanjang tahun 2012,

- dpt pakai kereta. alhamdulillah, rezeki yg tak di sangka-sangka
- putus tapi tak bererti kalah. cuma sedih je. membuatkan aku mengangkumi kebesaran ilahi. ameen..
- apply continue stdy, dan lastly aku dpt!!! horey..hehe
- dpt kuruskan badan tapi last-last naik balik berat tu. ish! geram betul aku.
- murni kahwin, huhu. sedih jgk sb aku tak  jumpa-jumpa lagi jodoh aku ni, tapi jodoh tu kan rahsia Allah swt.
- ape lagi ye??? lupa plak. sb banyak sebenarnya. nanti aku nak upload picture je.nanti korang tgk la ye..hee. ( ceh, mcm ramai plk follower aku. )

awal tahun 2013,

- rumah kat kampung banjir!!!! kesian my mummy, penat kemas umh.
- kelas kat uitm dah start..penat but best..huhu
- azam tahun ni, semoga menjadi muslimah yg sejati dan membentuk peribadi yg baik. insyaallah :)

tu jela kot, okey la nak upload picture plak.. untuk kenangan masa tua nanti.