My Blog List

Monday 12 January 2015

dia la kawan baik, dia la musuh dan dia la suamiku






dia la suami saya. hehe MOHD KHAIRAN BIN MD RAMLI. nanti ada masa saya upload gambar kawen kami pula yer,.



Nukilan untuk Muhammad Fayyadh Iman Bin Mohd Khairan

Assalammualaikum.. Bismillahhirahmannirahim....

Dah lama tak update perkembangan diri ini, now dah masuk 33 weeks pregnant. Syukur sgt pada Allah swt dengan limpahan kurniaan rezeki yang tak tenilai ini. Wahai anakku, sekarang mama dah tak sabar nak menunggu kehadiran mu dalam rumah tangga mama dan papa. Semoga dengan kehadiranmu nanti keluarga kita akan bertambah lebih bahagia lagi dan juga limpahan rezeki yang halal dari Allah yang maha Esa. Amin

Awal-awal mengandung mama diuji dengan ujian yang cukup hebat dan tak semua orang mampu melawannya syg. seawal 7 weeks sampai lah 5 bulan (tak igt dh berapa weeks time tu) mama kena alahan yang teruk sampai mama kurus sgt syg. Fayyadh bayangkan, dari berat mama 57kg turun sampai 49kg. 10 kali masuk wad. Sekarang mengandungkan syg, berat mama baru naik sampai 59 kg jer. Takpe mama redha mama selalu sakit asalkan anak mama dalam perut ni sihat walafiat. Masa time tu jugaklah, terpaksa ambik cuti dua bulan tanpa gaji sebab tak tahan sangat asyik muntah dan langsung tak boleh makan.

Bukan itu saja syg, sepanjang mengandungkanmu.. mama selalu nangis. Menangis sebab mama tak mampu nak buat persediaan macam org lain beli macam-macam utk kamu. Papa terpaksa bekerja keras demi kamu syg. Kesian papa. Selalu kena perli dengan adik beradik dia sebab tak dapat nak bagi duit utk atok dengan nenek fayyadh dekat kampung. Saat kami di uji, mama hanya mampu menangis dan sabar syg sebab mama pun tak mampu nak tolong papa bagi duit utk bagi kat nenek dan atok kamu. Pelbagai tohmahan dan cacian dilemparkan pada kami. Kami pasrah syg, sebab kami tahu salah kami tetapi apakan daya kami tak mampu memandangkan perbelanjaan bulanan kita sekeluarga hanya cukup-cukup makan saja.

Apa yang mama ceritakan ni, bukan utk fayyadh rasa benci pada mereka. Tapi, mama nak bila besar nanti fayyadh pun akan jadi seorang yang penyabar dan tabah macam kami. Fayyadh tahu tak, sepanjang menulis ni, mama tak berhenti-henti menangis sebab hati mama terluka dan masih teringat dengan kata-kata cacian dan tohmahan drp mereka.

Fayyadh jangan risau walaupun mama dan papa asyik tak cukup duit jer tapi kami sangat-sangat bahagia syg. Mama bahagia sgt dpt suami mcm papa fayyadh. selalu berusaha membahagiakan mama walaupun duit tak de. Kami tak boleh berjauhan lama-lama asyik rindu jer..hehe

Bila fayyadh dah keluar nanti, mama harap sangat fayyadh jadi anak seorang yang dengar kata, dengar nasihat org tua, tak lawan cakap org tua, jadi budak baik, jadi budak soleh, jangan tinggal sembahyang, belajar rajin-rajin, suka tolong orang, dermawan dan yang paling penting selalu igt Allah swt tak kira sapa kita dan kat mana kita berada ye syg. Janji dengan mama okey. Jika sekiranya suatu hari nanti mama dah takde, fayyadh bacala nukilan yang mama tulis ni utk fayyadh okey..

salam sayang dari mama with love
mmmuah utk anak mama!!