My Blog List

Thursday, 6 November 2014

i'm back

hai.. assalammualaikum

setelah lama aku tak update blog. rasanya dah masuk setahun jugak kan. last entry pasal icty and masa tu aku bujang lagi kan.. sekarang aku dah kahwin dan tunggu masa nak bersalin baby first dah.. hah tengok tu betapa lama nya aku tak berblogging. rindu tu rindu nak tulis semua cerita kat blog. tapi masa lepas kahwin ni terhad sangat, yela dah jadi isteri orang macam - macam kerja rumah kena buat. hehe

okey tak nak la membebel lama- lama. nantikan entry #throwback dari aku okeyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy. cerita setahun sebelum dari tarikh entry yang lepas.. sabar tau, nanti aku akan cerita satu demi satu apa yg terjadi kat aku dalam setahun tu. ada manis, ada masam, ada duka, ada sedih, ada bahagia and ada macam - macam la..hehe

k la sampai kat cini je..

bye..




jumpa lagi......................

Friday, 27 September 2013

i-city shah alam, seksyen 7

dah lame pergi ict, tapi baru nak update cerita. nampak tak betapa busy nye aku sebelum ni. dalam beberapa bulan sebelum ni macam-macam cerita nak cite. tapi semuanya tak sempat nak cerita. haha. banyaknye aku taip "cerita" kat sini. entry kali ni xtau nak cerita pasal apa kat icity. sebab bagi aku tak de yang menarik sangat pun. tak menarik sebab dah selalu pergi. belajar pun dekat dengan icity. nampak tak berapa bosan nye aku nak cerita pasal icity? hahaha

ni semua gara-gara plan last minute dengan budak-budak umah. kononnya nak pergi i city sebab kak nana tak pernah sampai lagi kat i city. siap ada tema warna baju lagi uolllsss.. lepas ni tak tahu la plan kitaorang nak pergi mana lagi.


masa mula-mula sampai, tengok la betapa excitednye kami..

kat dalam icity ada macam-macam kedai makan, so kalau time masuk icity tu perut terasa lapar. boleh la pergi kfc, kopitiam, and macam-macam lagi kedai. aku xigt dah ape lagi kedai kat dalam tu..


zaza yang riang, seronok sampai i city. ceh konon-konon macam kat oversea plak ek..haha


hehe, suke tengok picture ni. ceria sangat masing-masing


dah macam filem hindustan pun ader.. ;p


berjalan di bawah cahaya lampu, kalau datang dengan bakal suami mesti romantik je..hihi


tak sedar pun masa bile picture ni di snap. tangganku macam tengah melampai peminat.haha! perasan

itu jela picture yang cantik-cantik. dah penat berjalan kami pun balik..dalam pukul 12 jugak balik malam ni..dari pukul 5 lebih sampai sampai 12 malam kiteorang berjalan. next trip??? xtau lagi kat mne. perjalanan bajet yang tanpa dirancang. tapi sangat seronok!!

true indeed ;p



inshaallah. to the next entry.............. coming soon ;)

Tuesday, 24 September 2013

hang out girl ! the mines !


dari kiri..amni, ain, nina, kak nana


sape pemenang sekarang ni??


never end our friendship..inshaallah.. ;)


best giler time ni.. aku igt aku sorang je xpandai main bowling..haha. pasni kita g main bowling lagi tau korang. sayang korang semua.. gambar kat bawah ni..housemate aku..semua berkerjaya..dan semua dah berjaya..alhamdulillah.. murni ex-housemate pun dah pregnant..alhamdulillah. tak sabar nak tengok muka baby murni mcm muka sape..hehe


Monday, 23 September 2013

meninggal..

apa punya tajuk la. erm, duk saje-saje tiba-tiba terfikir. kalau aku dah meninggal nanti. macam mana kehidupan seterusnya??? macam mana kehidupan dalam kubur?? macam mana kehidupan orang-orang yang aku tinggalkan. bahagiakan mereka tanpa aku??

seram, sedih, takut, bersediakan kita untuk menghadapi saat-saat nyawa terakhir? dengan dosa yang banyak lagi atas bumi.. mampukah aku untuk meninggal sekarang?? dalam otak asyik duk pikir soalan tu je. nauzubillahhiminzalim..

Wednesday, 29 May 2013

OBSESS KURUS DAN KULIT FLAWLESS

askm, maaf lama tak mengupdate entry ni. aku membiarkan kusam begitu sahaja. huhu, sebab aku pun tak tahu nak cerita ape. sebenarnya banyak je cerita cuma tak de masa nak menaip. aip! ye ke? hehe

memiliki kulit yang halus mulus dan bentuk badan yang kurus serta cantik  memang idaman setiap wanita. haha. aku pun terasa nak cantik macam orang lain. macam-macam aku try ubat sekarang, dan macam - macam jugak ubat-ubat yang keluar di pasaran sekarang, tak gitu? kan kan.

tapi....
takut jugak makan ubat yang macam-macam ni. so skrg aku dah decide minum shaklee esp, makan vitamin c, dan green tea je. itu sudah memadai. takut la makan macam - macam nanti lain pulak jadi nye. baru la haru biru. haha. nak muka badan putih last-last jadi hitam macam arang baru tahu. hahaha

sekarang kalau pagi-pagi aku akan ambik heavy breakfast, sebab pagi-pagi badan kita perlukan energy, untuk lunch pulak aku just ambik roti dan minum air je. untuk dinner makan buah dan minum air. tapi, kadang-kadang tak consistent jugak diet aku ni. harap-harap menjadi la untuk tahun ni. hehe

hari-hari search internet cari pasal diet yang seimbang. sebab aku nak kurusssssssssssssssssssss..............................................................
jeles tgk kawan-kawan aku yang cantik-cantik. bile tgk badan aku. hmmmmm...besar kot.
kalau kat office selalu kena buli nga orang cakap aku gemuk. oh tidak!! kamu semua jahat!!
gemuk sangat ke aku??? plissss explain. gemuk tang mane??hukhukhuk

malas la nak cite pasal gemuk ni lagi, sentap kot bila orang cakap lepas aku kawen nanti aku komfirm gemuk. amboi hampa..sedap no duk ngate kat aku. senget!hehe

okey, sampai cni je entry untuk kali ni.. aku dah tak tahu nak tulis ape dah..hehe.. jmpe lagi. bye.


Tuesday, 30 April 2013

F.R.I.E.N.D.S

Its sound like weird, but sometimes i hard to say..

JUST FOR REMEMBER,

walaupun orang sedang bercakap mengenai 10 keburukan tentang kita, tapi kita cuba lah memikirkan 10 kebaikan tentang orang yang pernah berbuat baik untuk kita.. :) just smile..

ada org cakap, kawan baik mesti ada. sebabnya kalau susah dan senang mesti kita kongsi kat kawan baik kita dulu. betul ke? cuba kalau kita ubah kata-kata itu, jadikan adik beradik atau keluarga kita sebagai kawan yang paling baik untuk kita berkongsi masalah..

orang tak kan sama apa yang kita rasa atau fikirkan, dan kadang-kadang orang akan buat kita terasa kecewa. kawan bila gaduh, terus senyap. tapi kalau adik beradik, air dicincang tak kan putus kan walaupun gaduh lama. cuba fikirkan dalam-dalam.

sedih bila kawan ejek kita, sindir kita. tapi sabar...................................................
Allah swt kan ada.. :)
jangan jadikan alasan untuk berfikiran negatif sebab negatif tu semuanya datang daripada syaitan, tak pela kalau orang nak buat kita. kita cuma senyap je. tak payah nak berkata-kata. nanti ada plak yang terasa. daripada tambah dosa, baik senyap je.. lama-lama orang tu akan sedar sendiri.

jadikan cerita-cerita orang, sebagai pengajaran yang boleh mematangkan kita. nangis baik untuk hilangkan stress.. tapi biar la berpada-pada. semua ketentuan, rezeki, kebahagian, semuanya dtg dr allah swt. cuma tunggu kita untuk bersungguh-sungguh memohon dariNya.

yang terakhir,

LA TAHZAN INAALLAH HA MA'ANA....