Mengapa seorang hamba Allah SWT sanggup bersusah payah
melakukan sembahyang dengan khusyuk? Bersedekah dan berpuasa,
melaksanakan haji dan menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh?
Mengapa pula dia sanggup melipatgandakan kesabarannya ketika dihadapkan
dengan pujukan syaitan dan rayuan syahwatnya? Untuk apa ketaatan
dan
kesabaran itu semua? Jawabnya hanya untuk Allah SWT segala ibadahku,
hidup dan matiku. Begitu indahnya hubungan percintaan ini. Bila hamba memuji
Allah SWT, Dia membalasnya dengan pujian yang lebih baik.
Pada suatu hari Ibnu Umar mendengar seseorang memuji
Allah SWT dengan pujian yang paling indah. Rasulullah SAW bertanya:
”Siapakah gerangan yang memuji Allah dengan lafaz itu? Seseorang menjawab: Saya, wahai Rasulullah. Baginda bersabda lagi: ”Aku amat kagum
dengan ucapan itu, kerana ucapan itu telah dibukakan pintu-pintu langit.”
Ibnu Umar berkata, setelah saat itu aku tidak pernah meninggalkan bacaan tersebut. (Hadis riwayat Imam Muslim)
Tiada yang layak menerima pujian yang terbaik melainkan Allah SWT.
Seseorang yang beradab kepada Allah SWT akan merasa di
dalam dirinya banyak kelemahan walaupun manusia memuji atas
kemuliaan dan kebijaksanaannya. Sedangkan Rasulullah SAW
yang merupakan makhluk paling mulia di atas mukabumi ini tidak
selesa dengan puji-pujian yang melampau ke atas diri baginda.
Hal ini pernah dinyatakan di dalam hadis Rasulullah SAW.
Daripada Anas bin Malik beliau berkata: Seorang lelaki berkata
kepada Rasulullah SAW: ”Wahai Muhammad, engkau adalah pemimpin
kami dan juga putera pemimpin kami. Wahai Muhammad engkau
adalah lelaki yang terbaik di antara kami dan juga putera terbaik kami.”
Kemudian Rasulullah bersabda yang bermaksud: ”Wahai sekalian manusia, katakanlah dengan sederhana dan janganlah kamu semua
terpengaruh oleh pujukan syaitan. Aku adalah Muhammad bin Abdullah,
aku hanyalah hamba Allah, aku tidak menyukai kedudukan yang lebih
tinggi daripada apa yang telah ditetapkan Allah untukku.”
(Hadis riwayat Al-Nasa’i)
Ada beberapa sebab mengapa kita suka memuji
Allah SWT.
1. Kerana mengharapkan Allah SWT membalas pujian itu
dengan pujian yang lebih baik. Bukankah Allah SWT suka
membangga-banggakan hamba-Nya di sisi para malaikat. Bagaimanakah
perasaan kita apabila mendengar Allah SWT memuji diri diri kita dengan sebutan: ”Wahai hamba-Ku, wahai hamba yang saleh, wahai hamba yang taat,
yang meninggalkan syahwatnya kerana-Ku, yang membeli syurga-Ku
dengan hartanya, yang menjual dirinya di jalan-Ku. Wahai hamba
tempat limpahan rahmat-Ku, tempat turunnya penjagaan dan
perlindungan-Ku, tempat berkumpulnya segenap keredaan-Ku.
Wahai hamba yang banyak memuji dan bersungguh-sungguh mencintai.
Bagimu rahmat dan ampunan-Ku.”
Rasulullah SAW bersabda: ”Sesungguhnya Allah SWT apabila mencintai
hamba-Nya, Dia memanggil Jibril dan berfirman, Sesungguhnya Allah
mencintai dia oleh itu cintailah dia, kemudian Jibril mencintainya.
Jibril pun menyeru para malaikat di langit seraya berkata:
Sesungguhnya Allah mencintai hamba ini, maka cintailah olehmu
sekalian, lalu seluruh penghuni langit mencintainya.
Akhirnya kecintaan itu disampaikan kepada seluruh makhluk di bumi.”
(Muttafaqun Alaih)
2. Al-Quran pula menyatakan balasan kepada orang yang memuji
Allah SWT akan ditambah ke atasnya nikmat yang banyak.
Firman Allah SWT yang bermaksud; ”Sesungguhnya jika kalian
bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepada kalian.”
Surah Ibrahim ayat: 7
Pujian untuk Allah SWT dilafazkan kerana kita malu menerima
berjuta nikmat dari-Nya tanpa membalas apa-apa.
Malu kerana
mengakui Allah SWT menyayangi kita tetapi hanya
sedikit amal yang dipersembahkan untuk-Nya. Siapakah yang
mampu membeli nikmat sihat, iman dan Islam? Dengan nikmat
itu manusia hidup bahagia, aman dan sejahtera. Harga ibadat
yang kita lakukan tidak akan cukup untuk membeli nikmat
Allah SWT tersebut. Tetapi Allah SWT dengan sifat-Nya
yang Maha Pemurah telah menunjukkan satu ibadat yang
amat mahal harganya, iaitu memuji Allah. Bukan hanya boleh
membeli nikmat Allah SWT yang sedia ada bahkan
Allah SWT berjanji melipatgandakan nikmat-nikmat yang lainnya.
Syaitan telah mengetahui rahsia ibadat yang sungguh bernilai ini
sehingga dia berkata dengan kesombongannya yang melampau yang bermaksud: ”Dan Engkau (Allah) tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur
(memuji-Mu).” Surah Al-A’raf ayat: 17
Begitulah hakikatnya satu pujian yang boleh mendatangkan
kebaikan kepada yang memuji. Jika dengan sesama
insan kita kadang-kadang terpaksa memuji untuk motif tertentu
yang kita harapkan daripada orang itu.
Mengapa kepada
Allah SWT, seorang hamba amat terbatas melafazkan
pujian demi nikmat kehidupan yang amat bernilai.
Begitulah manusia yang mengaku bijak pandai tetapi
kurang logik berfikir tentang Tuhannya.
Sesungguhnya Allah SWT sukakan pujian dan hakikatnya pujian itu
bukan untuk-Nya bahkan untuk diri orang yang
memuji-Nya.
AienDamia ^_^
No comments:
Post a Comment