Tersedar dari tidor, tak dapat di tahan lagi..kesabaran, ketabahan tak dapat dibendung lg.. akhirnya air mata menjadi peneman tatkala ini.. sedih yang teramat, sebak menikam dada. Aku cuma manusia biasa. Kadang-kadang memang aku dapat mengatasi segala masalah. Tapi semakin hari masalah seakan menghimpit aku. Dan YA!! sebagai muslim, aku juga berdoa memohon petunjuk dari MAHA ESA. Aku hanyalah insan yang kerdil, tak lari dari membuat kesilapan, dan sebagai seorang perempuan aku memang lemah.. Lebih-lebih lagi soal kehidupan, perasaan dan hati.
Mungkin ini adalah takdirnya. Lambat atau cepat, aku mesti kena terima. Tapi mungkin bukan sekarang, kerana aku masih menunggu petunjuk dari Allah swt. Tak dapat ku gambarkan keadaan, perasaan aku tika ini. Cukuplah ada beberapa orang yang tahu. Dan kepada kawan-kawan, aku amat menghargai semua nasihat yang diberikan.. Aku memang amat-amat perlukan seseorang yang boleh mendengar masalah aku. Dan terima kasih buat sahabatku yang tak pernah jemu-jemu memberi nasihat dan mendengar semua keluhanku.
Aku amat mangharapkan akan ada keajaiban yang berlaku saat ini. Aku sangat-sangat berharap. Walaupun mungkin hanya 1% daripada 100%. Tapi aku tahu, Allah swt tak akan sia-siakan umatnya. Tapi kalau sebaliknya berlaku, Aku pasrah dan redha.. Mungkin itu adalah jalan yang terbaik buatku.. Walaupun perasaan sayang mengatasi segalanya. Tapi sampai bila? Tiada siapa pun yang tahu, termasuk aku.
Saat ini keluhan amat berat sekali buatku.
Saat ini keluhan amat berat sekali buatku.
Daripadamu aku datang, kepadamu jua lah aku kembali.. amin ya Allah swt.
W'allahhualam
No comments:
Post a Comment